Pelakon Syafie Naswip menjelaskan tiada sebarang lamaran dilakukan sebaliknya hanya membawa kekasihnya, Aishah Azman menikmati makan malam istimewa di sebuah restoran mewah.

“Tak ada lamaran pun, lebih kepada untuk suka-suka. Memang benar, tiada lamaran hanya makan malam istimewa saja,” jelasnya kepada Gempak.

. I want to be the sky, so I can always look after you from above.? Tq @surprise.dash ? @aishahazman8

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Mengulas keistimewaan gadis yang berjaya membuka pintu hatinya itu, Syafie memberitahu dia begitu menyukai dan menyenangi dengan perwatakan Aishah.

“Mungkin salah satu sebabnya adalah keserasian dan saya selesa dengannya. Seorang yang memahami dan bertolak-ansur,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Syafie, buat masa ini mereka masih belum merancang untuk ke fasa seterusnya kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.

“InshaAllah, doakan yang baik-baik untuk kami. Kalau nak kahwin pun mungkin lambat lagi dalam dua atau tiga tahun.

“Lagipun baru kenal tiga tahun, jadi kalau boleh saya dan dia mahu fokus kerjaya terlebih dahulu.

“Masing-masing ada komitmen, kalau ada jodoh tak ke mana, doakanlah untuk kami,” katanya.

Terdahulu, hubungan mesra Syafie dan Aishah menjadi perhatian netizen apabila pasangan itu kerap memuat gambar bersama di laman instagram masing-masing.

Lebih mengujakan apabila pasangan ini berkongsi sekeping gambar romantis di akaun Instagram masing-masing.

Foto tersebut merakamkan suasana romantis di sebuah restoran mewah dengan meja mereka seperti diset untuk ‘Candle Light Dinner’, dihiasi kelopak bunga mawar serta belon berbentuk hati seolah-olah ada kejutan atau sesi lamaran dilakukan.

Dalam perkembangan lain, Syafie bakal muncul dalam drama bersiri 13 Khurafat untuk episod Minyak Dagu.

Selain Syafie, pelakon lain yang antaranya Azhan Rani, Jasmin Hamid, Eyra Hazali, Anita Baharom dan Liza Abdullah.

13 Khurafat akan mula ditayangkan mulai 17 Oktober (setiap Rabu), 11 malam, hanya di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Foto: Instagram @syafienaswip