Isteri pelawak Tauke, Nadia Mohd Affandi akui fasa kehamilan merupakan pengalaman bermakna buat dirinya.

Kata Nadia, dia tidak sabar menunggu kelahiran anak sulungnya dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

“Pregnancy exactly make u feel tired… But itulah pengalaman yang pling bermakna bagi seorang wanita yang kaum lelaki tak akan pernah alami dan tak akan tahu bagaimana rasa nikmat nyawa yang kita kandung dalam stomach kita yang kita duk bawa selama 9 bulan.

“I’m waiting you my baby November… Mummy cannot wait anymore… Macam-macam plan mummy dah rancang untuk awak.

“See you soon… Even has a little bit problem kandungan mummy… Mummy doakan awak sihat-sihat sayang… Semoga Allah lindungi anak mummy… Amin,” tulisnya di akaun Instagram.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Nadia dan juga anak kesayangannya.

Terdahulu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015 dan berkahwin pada 9 Disember 2017.

Foto:Instagram @nadiayaya6