Didakwa Nampak Seluar Dalam, Ini Jawapan Bella Astilah

Hiburan
Didakwa Nampak Seluar Dalam, Ini Jawapan Bella Astilah
Foto isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astilah mendapat perhatian netizen.

Foto yang dimuat naik oleh Bella ke akaun Instagram (IG) miliknya ketika sedang didukung suaminya itu mengundang kecaman netizen.

Semuanya gara-gara pengikut IGnya menyedari kelihatan seluar putih yang dipakai Bella sangat nipis sehingga menampakkan seluar dalam.

Rata- rata menasihatkan Bella sepatutnya peka dengan pakaiannya supaya tidak mendatangkan aib.

Namun Bella tampil menjelaskan bahawa seluar itu adalah baju mandinya memandangkan ketika itu dia berada di tepi pantai.




Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean berusia setahun.
 

Artikel Berkaitan