Usahawan popular dan pengasas perniagaan Fashion Valet, Vivy Yusof berkongsi sekeping foto menunjukkan jambangan bunga yang diberi oleh suaminya Fadza Anuar.

Gambar tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Vivy, jambangan bunga itu diberi sebagai hadiah untuk meraikan tempoh perkenalan mereka selama 12 tahun.

"12 tahun kami telah mengenali antara satu sama lain, dia beri saya sejambang bunga, saya beri seorang bayi yang comel," tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Vivy telah mengucapkan tahniah mereka berdua.

12 years anniversary together. He gave me beautiful flowers... I gave him a beautiful baby... kind of not the same thing. #plscomehomewithanewhandbagtoday #12yearsofbeinginlove #imeanfriends #hiMom ?

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


Vivy baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang dinamakan Sarah Ilham Shah pada 10 Oktober lalu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.