Pelakon dan pelawak Jep Sepahtu telah memuat naik foto menunjukkan aksi Dariya Inara menghisap ibu jari kaki dan ia ternyata menarik perhatian pengikutnya.

Jep berkongsi dan memuat sekeping foto beserta kapsyen untuk tatapan umum.

Anak abah pesan, game mlm ni jgn lupa warm up dulu.. @superlawakfc Vs Veteran Kangkar. 8pm Stadium UTM Skudai Johor (stadium azman hashim) Jumpa malam ni ya ✌? #anakabah @dariyainaraofficial

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on


Rata-rata pengikutnya memberitahu Dariya seakan memberi petanda kepada Jep dan Sari Yanti untuk melahirkan seorang bayi lagi.

"@kedodol86: Jep orang tua bagitau pose macam Dariya ni tanda-tanda nak adik lagi. Orang tua la bagitau aku."

"@matahari_sam: Biasa kalau budak hisap jari kaki dia mau adik lagi ni."

"@abg_eddy46: Macam nak adik je tu abah..Haha kemon la

"@nenekkebayann: Orang tua cakap..Kalau anak kecil hisap ibu jari kaki tak lama nak dapat adik..hehe."

Malah, ada sesetengah netizen mengatakan muka Dariya seiras seperti ibunya, Sari Yanti.

"@dollyschanez: Cantik mata, ikut mak kan?"

"@syed_arham: Perghh muka kak Sari Yanti betul."

"@amirul_mahbsa: Anak tu ikut muka maknya la hehe."