Program realiti pertandingan komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Kali ini 2 peserta solo bertanding dengan 4 kumpulan duo manakala 8 kumpulan trio.

Peserta solo terdiri daripada Dany Beler dan Hilmy Ashley disaingi peserta duo dari kumpulan Taman, Shiro, Puteh dan 2B.

Kumpulan peserta trio yang bertanding pula adalah Bocey, Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero dan Chilok.

Program MLM 2018 kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan finalis program Gegar Lawak.

Dalam cabaran setiap minggu, peserta akan berdepan tema persembahan berbeza iaitu percutian, duit, muzikal, loghat dan dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

Selebriti terkenal, Datuk AC Mizal masih menjadi pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu.

Program MLM 2018 akan bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Elrafaei Sapi