Isteri pelakon Putra Amaris, Nur Syazwani Alias memohon agar orang ramai supaya mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syazwani berkongsi gambar mereka sekeluarga ketika mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat baru-baru ini.

"Alhamdulillah, selesai majlis kesyukuran dan doa selamat.

"Mohon titipkan doa yang baik-baik buat kami sekeluarga. Jumpa lagi next kenduri, In Shaa Allah,"tulisnya.



Rata-rata mendoakan agar kandungan Shazwani yang kini masuk tujuh bulan sentiasa sihat dan segalanya akan dipermudahkan ketika bersalin nanti.

Amaris dan isteri, Nur Shazwani Alias, 28, melangsungkan pertunangan pada 13 Ogos 2017 dan selamat disatukan sekitar awal tahun ini