"Tak Banyak Scene, Janji Ada" - Baby Shima Cuba Berlakon Filem Pula

Hiburan

Bintang Big Stage, Baby Shima menyahut cabaran untuk membintangi sebuah filem seram Tantiana.

Kata Shima, 26, biarpun ditawarkan untuk melakonkan watak kecil, itu sudah memadai baginya yang baru mula bertapak dalam dunia lakonan.

"Pihak produksi menawarkan saya untuk berlakon filem ini sekitar awal bulan Oktober dan saya fikir apa salahnya mencuba bidang baru.

"Babak tak adalah banyak tapi ia sudah cukup mencabar bagi saya terutama yang baru nak berjinak-jinak," katanya kepada Gempak.

Shima berada di Kuala Lumpur selama dua hari untuk melunaskan penggambaran filem Tantiana sebelum pulang ke Jakarta, Indonesia semula.

Dalam filem Tantiana terbitan NHF Productions itu, Shima melakonkan watak antagonis bernama Monalisa bergandingan dengan Noralbaniah.

Tantiana turut dibintangi Atikah Suhaime, Datuk Rahim Razali, Abam Bocey, Tauke Raja Lawak, Joey Daud, Jay Izwazir dan Mon Ryanti.

Shima yang kini bergiat aktif di Indonesia merupakan finalis Big Stage yang baru melabuhkan tirai bulan lepas.

Big Stage telah menobatkan Sarah Suhairi sebagai juara sulung.

Artikel Berkaitan