Ameer Forteen Selamat Bertunang

Hiburan
Ameer Forteen Selamat Bertunang
Anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais Azhar atau Ameer telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Siti Nur Naja'a pada Sabtu lalu

Ameer telah berkongsi sekeping foto yang diambil ketika hari istimewanya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Doakan yang terbaik buat kami," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah, tidak ketinggalan beberapa rakan artis seperti Izzue Islam dan Asfan Shah.


Ameer dan anggota kumpulan Forteen yang lain masih bersaing dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Artikel Berkaitan