Isteri kepada Allahyarham Saleem, Julia Bachok akui sebak dan tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya dengan masa yang agak cepat. Namun, Julia reda dan berkata dia akan ingat pesanan akhir Saleem atau nama sebenarnya, A.M. Saleem Abdul Majeed kepadanya. "Sebelum ini di hospital dia sentiasa senyum, malah, menunjukkan isyarat bagus seolah-olah mahu memberitahu kepada semua dirinya dalam keadaan baik. "Masa dibenarkan pulang, dia beritahu teringin sangat nak jejak rumahnya. "Namun sebelum keadaan kesihatannya bertambah teruk dan sukar untuk bercakap dia ada pesan kepada saya supaya menjaga anak-anak. "Malah dia sempat memberitahu hajatnya untuk membuat konsert jelajah di Indonesia kerana ramai peminatnya di sana yang menantikannya. "Tapi dia pergi terlalu awal, tidak sempat untuk semua itu," katanya kepada HLive! Saleem menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika dalam keadaan koma pada pukul 6.15 pagi semalam. Sementara itu, anaknya yang juga bintang BigStage, Syafiq Farhain berkata kehilangan bapanya itu tiada ganti. “Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai,” katanya. Allahyarham Saleem sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma. Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Kalau Semuanya Sudah Ada Pada HUAWEI Mate 20 Pro, Kenapa Perlu Lagi Telefon Pintar Yang Lain? Pilihan Yang Mudah, Kan! 22 Feb 2019
[VIDEO] Kehadiran ‘Helikopter’ Dalam Panggung Teater - Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Ola Bola The Musical 22 Feb 2019
"Betapa Terkejutnya Bila Ayah Nak Kahwin Siti" - Anak Datuk K Throwback Kenangan Sebagai Peminat Penyanyi No. 1 Negara 107
[VIDEO] "Bukan Dia Yang Buat Masalah, Tapi ...." - Ini Penjelasan Misha Omar Tentang Hubungan Dengan Siti Sarah 53
"Aku Dah Bagi Laki Ko Makan... Ko Shoot Leklok Ok!" - Pesan Ozlynn Pada Nabila Huda Memang Kelakar 50