Setelah perlumbaan yang mencabar di Kuala Terengganu, mereka kembali untuk pusingan kedua di MAEPS, Serdang pada 20 dan 21 October ini. Saksikan Datin Diana Danielle, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabil Ahmad, Akim Ahmad, Nabila Razali, Janna Nick dan Aiman Tino dalam perlumbaan yang penuh mendebarkan.



Kesemua selebriti ini akan bersaing dalam kategori promotional. Pasti saingan amat sengit kerana di Kuala Terengganu, Akim Ahmad berjaya menjadi juara keseluruhan untuk kategori ini! Selain
kategori promotional, pelumba-pelumba profesional pula akan berentap dalam kategori sporting serta super sporting.



Jangan lupa, Shukri Yahya dan Shawn Lee pula berada dalam kategori Sporting yang juga merupakan separa profesional. Di Kuala Terengganu, Shawn berjaya menduduki podium pertama!



Juga kategori Super Sporting yang menyaksikan pelumba-pelumba profesional bakal bersaing dalam perlumbaan yang pastinya cukup hebat!



Jangan risau kerana selain daripada perlumbaan-perlumbaan ini, anda dan seisi keluarga boleh turut menyaksikan pertunjukan drif Toyota. Paling mengujakan, anda boleh melihat dan memandu uji sendiri Toyota Rush baharu secara eksklusif hanya di Festival Toyota Gazoo Racing.



menjamu selera. Selain itu ada juga permainan untuk seisi keluarga seperti simulasi
Kalau anda dahaga atau kelaparan, banyak trak makanan yang tersedia untuk anda menjamu selera. Selain itu ada juga permainan untuk seisi keluarga seperti simulasi perlumbaan, kemunculan Baby Sharks dan paling ditunggu, persembahan daripada perlumbaan, kemunculan Baby Sharks dan paling ditunggu, persembahan daripada selebriti-selebriti yang menyertai Toyota Gazoo Racing.



Jangan ketinggalan untuk ke Festival Toyota Gazoo Racing di MAEPS Serdang, pada 20 dan 21 Oktober ini.