Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berdepan detik cemas selepas Jet Ski yang dipandu mereka dilanggar oleh sebuah lagi Jet Ski, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang mengikuti pekej ‘Jet Ski Tour’ di Pantai Cenang, Pulau Langkawi.

Aeril berkongsi detik cemas itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

1st time jetski . ni sebelum sis kena langgar dgn kakak sendiri??tq @megawatersports selamat kan kami hahaha

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Video tersebut merakamkan sebuah lagi Jet Ski meluncur laju ke arah mereka sebelum bertembung dan mengakibatkan pasangan suami isteri itu jatuh ke dalam laut.

Bagaimanapun kata Aeril, dia bersyukur kerana pasukan profesional Jet Ski tersebut bertindak dengan pantas menyelamatkan mereka sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jet ski ni. Habis di langgarnya kami. Selamat team @megawatersports cepat bertindak selamatkan kami... Haha adoi tak tahu pahit ke manis kenangan ni,” tulisnya.

bahaya betul bagi perempuan bawak jetski ni. habis di langgarnya kami. selamat team @megawatersports cepat bertindak selamatkan kami...haha adoii tak tahu pahit ke manis kenangan ni???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Difahamkan Wawa hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka dan lebam di bahagian tangannya.



Aeril dan Wawa kini sedang bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga sebelum kembali sibuk dengan kerja.