Pelakon Noorkhiriah tidak berkecil hati atas teguran peminatnya berhubung imej tidak bertudung dalam iklan dan drama yang masih disiarkan di televisyen.

Kata Noorkhiriah, keputusan untuk menghentikan tayangan drama dan iklan lamanya bukan terletak di tangannya.

"Terima kasih atas teguran dan akak tak kecil hati pun, ada baiknya juga sebab dulu akak pun sejenis boleh tahan gayanya.

"Tapi itulah akak tak ada daya dan kuasa dik.

"Dah pernah akak keluarkan statement dulu tapi memang ada pun cerita-cerita lama akak on air sekarang.

"Doakan mereka buat iklan baru ye, mana tahu akak pelakonnya lagi, adalah akak job," tulisnya menjawab kiriman mesej yang diajukan oleh peminatnya.

tkasih atas teguran & akk x kecikati pn,ada baiknya jg sb dlu akk pn sjenis..blh tahan gayanya..tp tulaa akk xde daya & kuasa dik..dh pernah akk kuarkan statement dlu..tp mmg adapun cite2 lama akk on air skrg..doakan meka wat iklan baru ye..manatau kot akk plakonnya lagi..adalah akk job?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Sehubungan itu, ada segelintir peminat setia Noorkhiriah yang menyarankan agar menegur syarikat berkenaan untuk menghormati penghijrahan pelakon itu.

Namun, ramai yang optimis dan menerima imej terkini Noorkhiriah tanpa perlu menoleh ke belakang.