Kurang dua bulan melahirkan puteri sulungnya, Ayra Aneesah, pelakon Ummi Nazeera sudah kembali bekerja.

Ummi yang bakal muncul dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) itu kini sedang mempromosikan filem tersebut sebelum mula ditayangkan pada 25 Oktober ini.

Pelakon utama filem tersebut baru-baru ini membawa anaknya bersama untuk tayangan awal GG2 di Johor Bahru, Johor.

Ummi berkata dia tidak sanggup hendak meninggalkan anaknya dan terpaksa membawanya sekali.

“Bila mummy nak pergi Johor untuk GG2 tapi tak boleh tinggal baby Ayra Aneesah, so kita bawaaaaa satu kampung lol,” tulisnya.

Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Bila mummy nak pergi Johor untuk @golgincu2 tapi tak boleh tinggal baby @ayra.aneesah so Kita bawaaaaa satu kampung lol. ???Shawl Jasmine @nazeera_hq Top @minluna

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Tayangan awal GG2 eksklusif untuk warga Johor itu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober lalu.

LIVE UPDATE: #sharingsesh with Umi Salwana Omar, Neddo Khan, Diana Danielle and Jad Hidhir at @multimediauniversity Johor Bahru. Korang datang tak? Jangan lupa sesi Meet & Greet kita di Paradigm Mall dan Jusco Tebrau hujung minggu ini. #GolGincu2

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

Bukan sahaja dapat menonton GG2 lebih awal, malah penonton yang membeli tiket juga dapat berjumpa dengan pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi serta Jad Hidir dan pengarahnya, Umie Omar.

Antara peminat-peminat pertama yang hadir menyaksikan tayangan awal filem Gol & Gincu Vol. 2 di @gscinemas Paradigm Mall JB hari ini. Nantikan filem #GirlPower Terbaik #GolGincu2 di pawagam @gscinemas bermula 25 Oktober 2018 ini.

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.