Pelakon popular Fasha Sandha berkongsi sebuah video mendukung dua orang anaknya ketika berada di sebuah stesen kereta api.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Ekoran perkara tersebut, terdapat segelintir netizen mengkritik tindakan Fasha di ruangan komen.

Menurut mereka, Fasha tidak menitikberatkan aspek keselamatan anaknya.

"Anak-anak dah besar, biarlah mereka berjalan sendiri.

"Mereka kelihatan tidak selesa, atau mungkin awak dukung sekejap untuk 'record' video ini?" tulis netizen.

Tidak mendiamkan diri, Fasha membalas komen tersebut.

"Suka hati aku lah, anak aku, jaga anak-anak kau sudah, ini anak yang keluar dari perut aku, aku tau baik buruknya," tulisnya.

#iburayfalraysha ♥️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Selain itu, Fasha turut menjelaskan keadaan itu berlaku disebabkan dia sedang mengejar masa dan kedua-dua anaknya mahu didukung serentak pada masa yang sama.