"Si Kaya Tidak Pernah Siap Kain Kafan Buat Dirinya Meski Cuma Selembar" - Datuk Rosyam Nor

Hiburan

Kehidupan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor dianggap sempurna kerana mempunyai segalanya dari aspek kekayaan mahupun bisnes yang semakin berkembang tapi di sebalik kesibukkan itu, beliau tetap beringat pada Allah.

Pelakon yang pernah popular dengan watak Castello ini kebelakangan ini berkongsi cerita bisnes pasarayanya, ST Rosyam Mart yang semakin mendapat perhatian ramai.

Lebih kecoh apabila beliau menjual ayam sekor pada harga RM0.88 sen yang menyebabkan ramai pengunjung serbu ke pasarayanya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Aktor berusia 51 tahun ini bukan saja dikenali sebagai pelakon popular yang pernah menang pelbagai anugerah atas lakonannya tapi beliau juga membuktikan dirinya sebagai usahawan yang berjaya.

Dalam status terkininya di Instagramnya, @iamrosyam, beliau memuat naik status dengan mengajak orang ramai bersedekah sebanyak RM1 sebagai mengambil keberkatan Jumaat.
 

Dalam status sama, beliau mengingat netizen di media sosial agar jangan terpedaya dengan harta kekayaan kerana golongan ini juga tidak pernah untuk menyiapkan kain kafannya sendiri.

Peringatan terhadap Allah yang sangat mendalam itu turut mendapat komen ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan itu.

"Waalaikumusalam terima kasih mengingatkan yang terlupa," kata @itsdinor.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @iamrosyam

 

Artikel Berkaitan