Orang Malaysia kalau tak makan durian mungkin dianggap pelik tapi jangan terkejut apabila tengok selebriti popular, Azah Aziz yang menetap di Montreal, Kanada makan durian pakai plastik di tangan.

Bekas pelakon zaman 90-an itu memuat naik beberapa gambarnya bersama statusnya di media sosialnya, hari ini.

"Saya ni kalau dapat durian memang tak ingat dunia dah," katanya menerusi Instagramnya, @azahmontreal.

Saya ni klu dpt durian memang tak ingat dunia dah ???

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on


Nyata, aksi pelik selebriti itu makan durian menarik perhatian netizen untuk memberi komen.

Seorang netizen dikenali sebagai @ain_ainun menyatakan makan durian guna sarung tangan kurang memberi rasa ketika makan.

"Balik rumah nanti hubby (suami) lari tangan bau durian," jawab Azah.

Ada juga netizen berkongsi petua menghilangkan bau durian di tangan dengan membasuh tangan di bawah kulit durian.

Bagaimanapun, Azah memberitahu dia membeli durian tersebut secara beku dalam plastik tanpa kulit.

Ujar Azah lagi, durian di sana dijual pada harga Can$11 (RM35) hingga Can$15 (RM48). Malah, durian yang dibelinya juga tiada biji.

Selain cerita pasal petua dan harga durian, seorang netizen iaitu @goodgirlj4ne pula mengkritik rupa Azah dalam gambar tersebut.

"Sis nampak macam Mexican la dalam 'pic' ni. Tak nampak macam Malay," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @azahmontreal