Salah seorang anggota kumpulan Forteen, One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shariffudin sedang aktif melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

One telah bekerjasama dengan seorang rakan kongsi yang dalam menubuhkan sebuah spa untuk lelaki sejak bulan September tahun lepas.

Menurutnya, sepanjang penubuhan perniagaan tersebut, dia tidak pernah menggunakan sebarang khidmat dari rakan artis untuk tujuan promosi.

"Spa kami mula beroperasi sejak September tahun lepas dan setakat ini, kami mahu cuba untuk lakukan promosi tanpa melibatkan rakan artis.

"Ia merupakan salah satu dari strategi perniagaan kami buat masa ini dan sambutan yang diterima dari pelanggan amat memberangsangkan," ujarnya.

One berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Produk All N' 1 keluaran syarikat spa yang dimiliki bersama rakan kogsinya bertempat di Shah Alam pada petang semalam.

One dan anggota Forteen yang lain masih bersaing dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5)

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.