Baru-baru ini, tindakan pelakon Ruhainies memuat naik foto bersama teman lelakinya ketika bercuti di United Kingdom dikecam kebanyakan netizen.

Gambar itu dikongsi menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

Tidak terhenti setakat itu, Ruhainies tampil membalas komen netizen dengan kata-kata berunsur sindiran.

"Betul lah orang cakap Ruhainies ni menumpang kekayaan lelaki," tulis seorang netizen.

Tanpa berdiam diri, Ruhainies membalas komen tersebut.

"Tumpang 'boyfriend' sendiri takpa, asalkan tak tumpang 'boyfriend' awak, ke awak yang bela dia? Sedih lah," tulis Ruhainies.

Kenyataan itu turut mencetuskan pertelagahan antara netizen lain, ada juga yang tampil menyebelahi pelakon ini dan mendoakan hubungannya bersama teman lelaki berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

I just can’t...... stop staring ?

A post shared by @ ruhainies7 on


Ruhainies mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam drama Hello, Mr. Perfect! memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.