Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid mencahut cabaran penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Anta Permana versi qasidah.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Raqib memuat naik sebuah video beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Assalamualaikum tokti @ctdk . Saya dah sahut cabaran tokti ni. qasidah anta permana. tapi jgn gelak ye? sy cuba je. hehe? @rozisangdewi . ? Gitar dipetik oleh @sukhairiarie? ? Sekarang mau dgr @fadhmajid puleer yg qosidah lagu #antapermana #qasidah

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on


"Assalamualaikum tokti @ctdk. Saya dah sahut cabaran tokti ni.

"Qasidah anta permana tapi jangan gelak ye? Saya cuba je. Hehe @rozisangdewi," tulisnya.

Video itu telah menarik perhatian Siti dan penyanyi asal lagu Anta Permana itu sempat 'repost' dan meninggalkan komen.

Subhanallah... sedap sungguh qasidah qari sorang ni...cair saya??? #Repost @raqibmajid ・・・ Assalamualaikum tokti @ctdk . Saya dah sahut cabaran tokti ni. qasidah anta permana. tapi jgn gelak ye? sy cuba je. hehe? @rozisangdewi . ? Gitar dipetik oleh @sukhairiarie? ? Sekarang mau dgr @fadhmajid puleer yg qosidah lagu #antapermana #qasidah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Subhanallah...sedap sungguh qasidah qari sorang ni..Cair saya," tulis Siti.

Rata-rata pengikut memuji kelunakan suara Raqib malah tidak jemu mendengarnya.