Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina akui musykil bagaimana boleh kehilangan suara sedangkan dia tidak mengalami masalah kesihatan seperti demam mahu pun sakit tekak.
Pemilik nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkata selepas panik dengan apa yang berlaku, dia dibawa berjumpa doktor oleh pihak pengurusan untuk pemeriksaan lanjut.
“Demam tiada sakit tekak pun tiada.. Mungkin kerana stress kot sampai suara Kaklong (Amelina) hilang.
“Kaklong ni memang manja sikit, ada je sakit nak dtg dalam waktu macam ni. Nasib baik manager ada terus bawa ke klinik walaupun semua dah panik,” tulisnya.
Amelina berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Bagaimanapun, Amelina meminta agar semua mendoakan kesihatannya supaya dapat beraksi dengan baik di pentas GV5 untuk konsert ketiga, Ahad ini.

“So kesayangan semua doakan yang baik2 utk Kaklong malam Ahad ni ya. Kaklong janji akan cuba yg terbaik di pentas #GV5#GV2018 & #SegalanyaPasti Kaklong tak kan hampakan @amelinasoul semua! “ katanya lagi.
Amelina bakal mempersembahkan lagu Segalanya Pasti dendangan Aida Adil pada konsert ketiga GV5 nanti.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Demam takde, sakit tekak pun takde.. Mungkin kerana stress kot sampai suara Kaklong hilang. Kaklong ni memang manja sikit, ada je sakit nak dtg dalam waktu macam ni. Nasib baik manager ada terus bawa ke klinik walaupun semua dah panik. . . So kesayangan semua doakan yang baik2 utk Kaklong malam Ahad ni ya. Kaklong janji akan cuba yg terbaik di pentas #GV5 #GV2018 & #SegalanyaPasti Kaklong tak kan hampakan @amelinasoul semua! ❤️???. . . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina #DoakanKaklong #SumpahSeramSejuk #DugaanGV

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on