Pelakon Siti Saleha mahu mencuba untuk menjayakan watak aksi dalam drama atau filem seterusnya.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 28, ini bersedia untuk memberikan komitmen dalam menjayakan karakter terbabit.

"Sebagai pelakon, saya sudah membawakan pelbagai watak. Ada serius, komedi, air mata dan sebagainya. Saya menanam impian untuk menjayakan watak aksi dalam drama atau filem seterusnya.

"Saya belum pernah membawakan watak aksi dan mahu mencubanya. Selain mahu melengkapkan portfolio, watak aksi bakal memberi cabaran baru untuk saya," kata Saleha.

Tambah wanita berdarah kacukan ini, dia mahu menjayakan watak tersebut kerana mahu mencabar kemampuan diri.

"Saya juga mahu mencabar kemampuan diri. Untuk menjayakan watak seperti itu, persiapan lengkap harus dilakukan dan saya sudah bersedia untuk menggalasnya," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Saleha bakal muncul dalam program realiti Extreme Ends.

Dibintangi empat selebriti dari empat negara Asia Tenggara, Saleha mewakili Malaysia dan menyahut cabaran ini bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

“Memandangkan ini pengalaman pertama saya membintangi siri realiti pengembaraan, saya melakukan persediaan sebaik mungkin untuk siri Extreme Ends terbitan KIX HD ini. Penggambaran dijalankan di Hong Kong dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Hong Kong.


"Namun, apa yang saya lalui di Hong Kong sememangnya sesuatu yang sangat baharu bagi saya. Siapa sangka, Hong Kong mempunyai banyak aktiviti yang menarik dan unik," katanya lagi.

Jangan ketinggalan menyaksikan Extreme Ends yang akan ditayangkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada 17 Oktober, setiap Rabu jam 9.30 malam!

Extreme Ends diterbitkan oleh syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia. Rancangan ini ditaja oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong dan disokong oleh Harbour City.