"Itu Memang Bukan Saya...Tak Teragak-Agak Untuk Buat Laporan Polis Jika..." - Ameer Forteen Perjelas Isu Video Lucah Mirip Dirinya

Hiburan

Salah seorang anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais Azhar atau Ameer menafikan video lucah yang tersebar baru-baru ini adalah dirinya.

Video tersebut telah tular di media sosial beberapa hari lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me right now 🦊

A post shared by Ameerais Azhar (@ameerais.azhar) on


Menurut Ameer, dia reda dengan kejadian tersebut dan menganggapnya sebagai permainan dunia artis.

"Saya baru mengetahui tentang perkara ini, apa yang saya boleh katakan, lelaki dalam video tersebut bukan diri saya.

"Saya tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis jika ia menganggu prestasi dan karier saya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WEEKEND VIBES. 💙🕶

A post shared by Ameerais Azhar (@ameerais.azhar) on


"Bagi yang mengenali diri saya, mereka tahu saya tidak akan membuat perkara buruk sebegitu," ujarnya.

Ameer berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Produk All N' 1 bertempat di Shah Alam sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ameer bakal melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya, Siti Nurnaja'a pada hari Sabtu ini dan menjelaskan isu video itu tidak menganggu proses persiapan majlis tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday ♥️

A post shared by Ameerais Azhar (@ameerais.azhar) on


Ameer dan anggota kumpulan Forteen yang lain masih bersaing dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).
 

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Artikel Berkaitan