Gelagat ratu dangdut popular Indonesia Inul Daratista melakukan cabaran media sosial yang sedang viral, #fallingstarchallenge, mencuit hati netizen.

Inul telah memuat naik beberapa keping foto di laman sosial Instagram (IG)nya, semalam dan telah menerima lebih 100 ribu tanda suka dengan hamper 4200 komen.

Dalam foto tersebut, Inul yang memakai ‘baju kelawar’ bercorak batik terbaring di luar pintu kereta dengan sayur-sayuran bertaburan.


Epik kan? Tapi Inul memang sporting walaupun dikecam

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Inul dan menganggap itu #fallingstarschallenge paling epik pernah dilakukan.

Namun ada juga netizen yang mengecam tindakan Inul itu kerana melihat perbuatan tersebut sebagai satu pembaziran.

Mana tidaknya, Inul sendiri mengaku kepada salah seorang pengikutnya di IG yang dia akan membuang semua sayur-sayuran tersebut selepas melakukan.



Sportingnya Inul, dia tidak melenting sebaliknya membalas semua komen-komen negatif dan positif netizen dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Inul di antara yang terlibat dengan gempa dan tsunami di Palu apabila kerugian beratus ribu ringgit selepas bangunan yang juga asetnya itu hilang dalam bencana.

“Kalau dihitung rupiah mungkin milliar kerana bangunan jadi asetnya hilang," kata Inul Dararista seperti dilaporkan liputan6.com.

Bagaimanapun Inul redha dan tenang menghadapi dugaan tersebut dan menganggap musibah boleh menimpa sesiapa pada bila-bila masa.

Foto: Instagram @inul.d