Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai seorang selebriti untuk membantu anaknya yang minat dengan bidang seni.

Sharifah Shahira atau Shiera, 44, berkata, biarlah mereka menempa nama atas usaha mereka sendiri.

“Saya bukan seorang ibu yang suka bawa anak masa sesi penggambaran. Saya tidak akan berbuat begitu jika tiada tawaran yang diterima.

“Pada saya, kalau anak nak jadi pelakon biar dia cari sendiri dan bukan menggunakan nama saya sebagai pelakon.

“Maka, biarlah tunggu mereka besar sedikit dan sudah pandai hendak bekerja dan usaha sendiri.

“Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan diri saya juga kerana kanak-kanak ni tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Mana tahu ketika penggambaran tiba-tiba mereka tak nak buat?,” katanya kepada Gempak.

Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.

Seorang anaknya lagi, Allisya, 20, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.

Bagaimanapun, buat masa ini, anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.

"Sebenarnya mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali,” katanya lagi.

Sheira dan keluarganya bakal muncul dalam program Oh My Family! selama lapan minggu.

Oh My Family! turut dibintangi oleh empat keluarga selebriti lain iaitu Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib dan pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty.

Ia yang sudah mula bersiaran sejak 10 Oktober lalu, ditayangkan di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611) pada setiap.