Penerbit dan pengarah Michael Ang telah mengundang perhatian netizen apabila memuat naik video mengenai isu pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi.

Michael menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen video terbabit, Michael mengingatkan serta memerli pasangan yang melakukan perkara terkutuk itu.

Tahu tak Apa tu condom atau pil perancang keluarga! Enough is enough! Nak tunggu sampai pihak sekolah atau kerajaan bagi condom free ke? Luv u all! Have a great week ahead.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


"Tahu tak apa itu condom atau pil perancangan keluarga! Enough is enough!

"Nak tunggu sampai pihak sekolah atau kerajaan bagi condom free ke?

"Luv you all! Have a great week ahead," tulis Michael.

Michael mempersoalkan manusia seperti apa yang sanggup membuang anak sendiri selepas sembilan bulan mengandung dan dibiarkan digigit anjing.

Michael juga mengingatkan kepada kaum ibu atau wanita yang tidak inginkan bayi itu, letakkannya di kawasan masjid ataupun rumah anak yatim.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Michael bersuara mengenai isu tersebut.

"@shimaanuar: True! Kesian baby tu!

"@Ieila_mcauliffe: Totally agree condom, pil sangat penting sex education..! Parents kena always tanya or chit chat dengan anak-anak pasal safety sex kepada teenager, children sekolah pun dah banyak sangat kes buang anak kat Malaysia ni."

"@winna_01: Setuju!! Otak dorang bukan dekat lutut tapi tumit."

"@ayeeep.amirul: Ok sebenarnya aku memang suka dengan Michael ni. Bukan apa tau..Dia memang positif. Pastu dia ni rasional. Eh senang cerita dia bukan Islam pun ada sensitiviti tu..Come on Malaysian."

"@fayafariha: I agree with you mike. Ape pon kita tarbiah kan..These kids will do it even kalau kat dalam longkang sekali pun! So better be responsible and don't create lives..better wear condom!"