Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Chot (XOXO), Siti Zafirul Azzah berkongsi pengalaman terakhir ketika membawa anaknya, Muhd Sher Harraz pulang ke rumah daripada hospital.

Menerusi entri di Instagram, perkongsian yang dilakukan oleh Zafirul telah menyentuh hati ramai pihak.

"Hanya tinggal kenangan, di saat dalam perjalanan membawa anak syurga pulang ke rumah nenek.

"Sangat redup cuaca dan sayup je hati ni. Tubuhku terasa longlai dan kaki merasakan macam tak jejak.

Hanya tinggal kenangan? Di saat dalam perjalanan membawa anak syurga pulang ke rumah nenek .. Sangat redup cuaca dan sayup je hati ni..tubuhku terase longlai dan kaki merasakan macam tak jejak .. Perasaan ku hanya tuhan yang tahu.. Allahu , sesungguhnya aku redha atas pemergian MUHAMMAD SHER HARRAZ .. AL FATIHAH?❤️

A post shared by SITIZAFIRULAZZAH MOHD IDRIS (@jajafieyrul) on


"Perasaan ku hanya tuhan yang tahu. Allahu, sesungguhnya aku redha atas pemergian MUHAMMAD SHER HARRAZ. AL-FATIHAH," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Zafirul dan keluarga tabah menempuhi dugaan ini serta menganggap mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi kepada mereka.

Harraz sebelum ini telah bertarung melawan sakit jantung (injap jantung terbalik) sejak dilahirkan lagi dan perlu menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara di mana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM18,000.

Anaknya itu juga sudah menjalani pembedahan pada bahagian hidung bagi membetulkan tulang pada bahagian berkenaan yang menyukarkan dia bernafas.

Namun Tuhan lebih menyayanginya apabila anak syurga ini yang meninggal dunia jam 8.40 pagi Isnin lalu dan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka.