Sekali pandang, memang saling tak tumpah seperti penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ragaman, Faizal Tahir.
Pendek kata, agak ramai jugalah yang tertipu dengan wajah bekas peserta kelahiran Raja Lawak musim kedua, Joe Aziz atau nama sebenarnya Aziz Ismail.
Kalau anda nak tahu ketika menyertai Raja Lawak dulu, Joe tidak berjaya memasuki senarai ‘top 10’, tetapi dia tidak berputus asa dan mencuba nasib dalam program Lawak King pada 2008.
Orang kata, kalua sudah rezeki tidak ke mana, walaupun Joe terkandas awal ketika Raja Lawak, rezekinya tidak pernah putus dan sentiasa mendapat tawaran berlakon serta mengacara sehingga kini.
Kalau korang perasan, Joe adalah pengacara bersama Ali Puteh dalam program Kais Pagi Makan Petang yang akan disiarkan Oktober tahun lalu.
Malam tadi, dalam segmen Parodi MeleTop Joe Aziz nampaknya berjaya ‘menipu’ apabila berjaya menjadi ‘Mr. Ragaman’.
Komen penonton Parodi MeleTop di Youtube
Kepada yang belum pernah mengenali Joe Aziz, selain memiliki wajah seiras penyanyi tersebut, pelawak berusia 33 tahun ini juga mempunyai bakat meniru suara dan gaya seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Zizan Razak, Zamani (Slam) dan ramai lagi.
Video/Foto: YouTube
Fiza Kamarudin
Wed Oct 10 2018
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.