Bintang Big Stage, Afieq Shazwan telah menjelaskan dia tidak dapat hadir ke program Big Stage Unplugged minggu ini.

Kenyataan itu dibuat menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam video tersebut, Afieq memohon maaf kerana tidak dapat membuat persembahan disebabkan baru menjalani pembedahan kecil minggu lalu.

“Hai semua.. Afieq nak minta maaf kerana tak dapat perform untuk Big Stage Unplugged minggu ni. InsyaAllah kalau diizinkan saya akan perform di Big Stage Unplugged akan datang. Doakan saya cepat sembuh okay! Untuk rakan-rakan saya, buat yg terbaik!! Big Stage Unplugged, Dominasi Muzik Tanpa Had dikuasakan oleh Hotlink RED!” @wanikayrie @tajulofficial @andibernadee @sarahsuhairi @syafiqfarhain @sissyimann @ariffbahran @babyshimaofficial @official_farahezel

A post shared by Afieq Shazwan (@afieq.shzwn) on


Afieq juga meminta supaya peminat mendoakan semoga dirinya cepat sembuh dan dapat membuat persembahan pada minggu akan datang.

Afieq turut mengharapkan rakan-rakan lain akan buat yang terbaik di Big Stage Unplugged minggu ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Andi Bernadee menerusi program terbaharu Big Stage Unplugged.

Big Stage Unplugged, 'Dominasi Muzik Tanpa Had’ yang dikuasai oleh Hotlink RED, nikmati internet pantas percuma tanpa had untuk semua applikasi kegemaran anda.

Rancangan yang dikuasakan oleh Hotlink RED ini akan disiarkan secara langsung mulai 13 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 8.30 malam menerusi Gempak FB Live.