"Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah

Hiburan

Gandingan antara pelawak Fikry Ibrahim bersama aktres Farah Nabilah sebagai hero dan heroin mula menambat hati peminat.

Menerusi drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang sedang ditayangkan di slot Megadrama, ia karya merupakan adaptasi novel bertajuk The Misadventure of Cik Reen & Encik Ngok Ngek tulisan Maya Adira.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai peminat yang gemarkan keserasian yang terjalin antara Fikry dan Farah.
 
Selain Fikry dan Farah, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama ini di laman sosial, gunakan hashtag #CikReenEncikNgokNgek.

Artikel Berkaitan