Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron meluahkan rasa terkilan terhadap kecaman segelintir netizen terhadap lagu baharunya, Ego.

Kata Syura, dia boleh menerima teguran khalayak asalkan ia tidak bersifat menghina.

"Saya seorang yang boleh terima teguran... Tapi jangan menghina lagu Ego saya dengan menggelarkannya sebagai lagu bodoh.

"Tak suka, saya tak ada masalah! Tapi jangan hina.

"Artis bukan badut, kami manusia juga macam anda semua.

"Yang sentiasa mencuba untuk mencari rezeki dalam industri," tulis Syura menerusi Instagramnya.

Terima kasih atas hinaan anda ?? #salamjumaat #frustrated

A post shared by EGO~New released ? (@syurabadron) on


Bagaimanapun, keluhan Syura itu mendapat perhatian rakan artis lain yang turut memberikan suntikan semangat antaranya Noraniza Idris, Zehra Zambri, Bob Yusof dan Sarah Fazny.






Syura yang pernah popular dengan lagu Nazam Berkasih dan Bakawali muncul dengan lagu terbaharu berjudul Ego ciptaan Zimi Sofazr.