Pelakon dan penyanyi Janna Nick, 23, menerima kritikan negatif dari netizen tak bertanggungjawab berkenaan dengan caranya mengendalikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) malam tadi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengacaraan Janna di laman Twitter semenjak rancangan itu bersiaran langsung.







Dalam pada itu, pelakon senior berbakat besar, Fauziah Nawi tampil memuji gaya pengacaraan Janna menerusi sebuah entri di akaun Instagram milikinya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Janna Nick yang merupakan salah seorang daripada tiga hos yang mengacarakan ABPBH31.

"Janna tidak memegang 'cue card' dan tuturnya begitu yakin, saya percaya Janna telah menghafal turutan program," tulisnya.

Tahniah kpd Pemenang #APBH2018. TAHNIAH @tv3malaysia . Saya hanya dpt menonton segmen yg sampai kepenghujung. Ingin mengucapkan tahniah kpd @jannanick salah seorang dari tiga host. Janna tidak memegang cue card dan tuturnya begitu yakin. Saya percaya Janna telah menghafal turutan programme. Tahniah dan keep up the good work.tahniah seniwati #Noorkumalasari penyandang anugerah #PencapaianSepanjangHayat

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on


Di laman Twitter, peminat Janna turut memuji komitmen pelakon itu yang menghafal perjalanan acara.

Janna telah bergandingan bersama Ajak Shiro dan Zara Zya untuk mengacarakan malam anugerah terbabit.