Rumah siap pahat berbunyi, itu kisah yang paling tepat menggambarkan situasi penyandang trofi Bintang Paling Popular ABPBH31, Wany Hasrita.

Selepas diumumkan menang besar pada malam tadi, netizen rata-rata menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pelantun lagu Menahan Rindu itu.

Ada yang menyifatkan Wany masih belum layak untuk menggenggam trofi terbabit malah tidak terlepas juga yang mengkritik produk penyanyi itu.

Tidak terhenti di situ, Instagram Wany dihujani dengan pelbagai komen negatif daripada netizen hingga ada yang memohon agar Wany menyerahkan semula anugerah terbabit.









Bagaimanapun, masih ada segelintir peminat setia Wany yang memandang pengiktirafan itu daripada sudut negatif berdasarkan populariti semasa.

Bintang Paling Popular pernah disandang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sebanyak tujuh kali, Mawi, Shaheizy Sam, Datuk Aaron Aziz, Aishah dan Datuk M. Nasir.

ABPBH31 menobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan mendapat undian sebanyak 2,052,997.

Kemenangan itu melayakkan Wany membawa pulang ganjaran kereta Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Wany turut meraih trofi Penyanyi Wanita Popular.