Bertemu dengan Datin Diana Danielle atau lebih mesra dipanggil Diana atau D, disebuah majlis di ibu kota baru-baru ini seolah bertemu dengan teman lama. Kali pertama saya menemu bual beliau ketika di Kuala Terengganu beberapa bulan dahulu.

Tetap mesra, kami berbual tentang beberapa perkara sebelum beliau tiba-tiba berkata, “I need to look for a wedding ring!”

Terkejut! Tanpa segan silu saya bertanya, “Kenapa nak cari cincin perkahwinan? Cepat cerita apa yang jadi?”

Tiba-tiba rasa macam pakcik bawang pulak.

Ketawa, dia menjawap, “I lost my wedding ring. Eh bukan, suami saya hilangkan cincin perkahwinan tu!”

“Cerita kembali hampir tiga tahun lalu. Malam ketika di rumah, saya masih lagi memakai cincin perkahwinan, dan sedang bersiap untuk ke hospital untuk kelahiran anak kedua. Ketika di dalam wad, tengah tukar pakaian and in a labor, saya buka semua barang kemas termasuk cincin perkahwinan, bagi pada suami, suruh simpan elok-elok.


"Tak tahu kenapa, hanya lepas dua minggu kemudian baru saya teringat tentang cincin perkahwinan saya. Yalah, perhatian mungkin pada baby yang baru lahir. Kata Farid (suami), dia letakkan dalam beg saya.

“Sepuluh kali saya cari, tapi tak jumpa-jumpa. My husband tak nak mengaku. Masa tu saya tak berapa kisah sangat sebab saya kerap saja hilang barang-barang sebab salah letak.

“Walaupun cincin perkahwinan tu ada sentimental value, tapi nak buat macam mana, saat tu memang kritikal, suami saya pun mungkin tengah nervous, so saya maafkan saja. Dia pun memang rasa bersalah,” kata Diana ketawa kecil.


“Jadi sekarang ni dia janji pada saya, pergi cari ganti cincin perkahwinan yang hilang tu. Sekarang ni saya tengah cari ganti yang baru.

“Dah hampir tiga tahun tak pakai wedding ring, tapi it’s okay sebab orang tahu saya dah berkahwin. Tapi ada juga yang cuba nak mengurat, orang luar terutamanya yang tak tahu saya dah berkahwin. Jadi saya rasa sangat penting untuk wanita yang berkahwin memakai cincin perkahwinan.


Sambil menjeling cincin yang sedang disarung dijarinya dan melihat harganya bernilai lebih lima puluh ribu ringgit, Diana seperti faham maksud saya.

“The thing is when you have kids, your husband cannot say much. I risk my life to birth your children. Apalah sangat harga sebentuk cincin. It’s not how much it is, apa yang penting when you wear it, it symbolize your marriage.

“Saya masih mencari. Saya akan tahu itu cincin perkahwinan saya apabila saya memakainya nanti,” katanya tersenyum manis.

Menyentuh sedikit tentang filem lakonannya yang bakal keluar, Gol & Gincu 2, Diana akui dia teruja.

“Ada semua perasaan. Sudah lima tahun saya tidak berlakon filem selepas melahirkan cahaya mata. I had a couple of offers, tapi you have to be very choosy because it last forever, itu yang saya belajar. And the bad ones that I did before, it keeps haunting me sebab filem-filem tu sering diulang tayang di kaca tv.

"Dalam Gol & Gincu 2, saya slightly overweight to start with, saya pun tak tak tahu saya akan dapat peranan dalam filem tersebut, kerana saya dah agak berumur dan sudah berumah tangga, macam Ummi Nazeera juga dalam filem ini.

“Sangat interesting kenapa mereka pilih saya, jadi saya kena buktikan bahawa saya memang sebenarnya layak untuk mendapat peranan ini, and representing the new generation of Gol & Gincu 2. Itu yang membuat saya rasa bangga,” katanya Diana Danielle mengakhiri temu bual kami.

Jumpa Lagi!

Bila Badrul Bicara