Tidak habis-habis dengan kontroversi! Malam tadi, nama pelakon Fatiya Latiff kembali panas apabila memuat naik posting berang kepada sebuah stesen TV.

Menerusi posting tersebut, Fatiya ada menyebut nama pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita, seolah-olah tidak berpuas hati dengan kemenangan penyanyi itu.

Selain itu, Fatiya turut mempertikai jemputan untuk menghadiri majlis anugerah tersebut yang dihantar melalui wartawan hiburan sahaja.



Posting yang dimuat naik di laman Instagram (IG)nya itu bagaimanapun telah dipadamkan tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, posting tersebut sempat disalin semula oleh pengikut IG Fatiya dan menyebarkannya di laman sosial Twitter.

Rata-rata mereka mengecam tindakan Fatiya dan meluahkan rasa menyampah terhadap pelakon itu serta mendakwa dia sedang mencari publisiti murahan.



Lebih melucukan apabila ramai netizen yang tidak memahami bahasa yang ditulis Fatiya dalam posting tersebut.

Ada juga netizen yang meminta Fatiya mendapatkan rawatan mental.



Walau apapun berlaku di antara Fatiya dan pihak lagi satu, diharap semuanya dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Tambah-tambah lagi, industri hiburan kita ini tidaklah sebesar mana, pusing-pusing bertemu orang yang sama dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Foto: Twitter @fahmyvevo