Penyanyi Noryn Aziz berjaya mengungguli Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di minggu kedua yang telah berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam.

Noryn menewaskan Amelina yang berada di tempat kedua dengan beza markah sebanyak 0.3 peratus.

Bagaimanapun, konsert GV5 malam tadi menyaksikan Safura menjadi peserta pertama tersingkir apabila berada di dalam kedudukan tercorot dengan 39.7 peratus markah.

Bertemakan ‘Dalam Diam Ku Mencintaimu’, hanya 11 pesera sahaja lagi yang bertahan dan bersaing di konsert akan datang.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk AC Mizal yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1) Noryn Aziz, 81.9% - Trauma (Elite)

Datuk Ramli MS - Emosi dan visual setara. It’s good. Bertukar sangat ketara dari minggu lepas. Lebih baik.

2) Amelina, 81.6% - Kembali Terjalin (Zamani Slam)

Datuk Khadijah Ibrahim - Kita memang bukan cari penyanyi tapi penghibur, inilah dia! Siapa kata penyanyi dangdut tak boleh rock!

3) Shafie Rio, 81.4% - Vida (Billy Zulkarnain)

Datuk Ramli MS - Saya rasa penyanyi rock lain pun tak boleh buat macam awak buat tadi, siap menari!

4) Hetty Sarlene, 72% - Ah Rindu Lagi (Amelina)

Datuk AC Mizal - Awak buat lagu ni macam awak punya! Ia sangat bagus dan menghiburkan.

5) Mya Ruslee, 69% - Hilangkan Segalanya (Farawahida)

Datuk Ramli MS - Low note kamu sangat bagus dan jelas. Penjiwaan lagu juga bagus.

6) Billy Zulkarnain, 67.6% - Mentari Muncul Lagi (Zamani Slam)

Datuk Ramli MS - Analog balancing sangat bagus. Feel pun bagus. Sepatutnya ada masalah teknikal tadi but overall it’s good.

7) Dia Fadila, 64.4% - Cerita Cinta (Noryn Aziz)

Datuk Khadijah Ibrahim - Saya rasa lagu ini forte kamu. Saya suka style dan penampilan kamu. Harap kita dapat lihat lebih lagi minggu depan

8) Zamani, 64.2% - Andai (Dia Fadila)

Datuk Ramli MS - Blues awak sangat bagus. Awak memang versatile boleh menyanyi lagu sesiapa sahaja. Ini yang kita mahukan.

9) Forteen, 61.9% - Manisnya Senyumanmu (Elite)

Datuk Khadijah Ibrahim - Satu lagu yang kita tak dapat bayangkan bila kamu semua persembahkan kerana arrangement yang berbeza dan menghiburkan.

10) Farawahida, 56.6% - Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)

Datuk AC Mizal - Dari mula sampai habis nyanyian sangat bangus tapi towards ending macam nak terkucil tadi tu sayang sangat. Perlu jaga-jaga next time.

11) Elite, 48.5% - Bulan Cinta (Amelina)

Datuk Khatijah Ibrahim - Performance yang menghiburkan. Kamu buat seperti yang kita mahukan.

12) Safura, 39.7% - Diari Biru (Mya Ruslee)

Datuk AC Mizal - Persembahan yang hebat bila masuk pentas kita tahu nak enjoy. That was good performance. Melodi macam ada salah tadi tadi tapi tak jadi masalah kerana ia biasa berlaku atas pentas.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.