Pelakon Adam Corrie Lee menunjukkan cara memakai ihram untuk orang bertatu dan khunsa.

Adam berkongsi cara memakai ihram menerusi foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya.

Pelakon KL Gangster itu berkata dia berkongsi perkara tersebut selepas ramai yang telah bertanyakan soalan berkaitan.

Cina muslim itu bagaimanapun menjelaskan dia bukan lah seorang ahli ulama atau ustaz tetapi cuma berkongsi pengetahuannya.

Ramai yang tanya saya.. macamana org yang ada tattoo dan lelaki khunsa yang dada seperti wanita nk pakai ihram ketika mengerjakan umrah & haji. . Ketika pertama kali saya hendak mengerjakan umrah dulu, saya dinasihatkan oleh ustaz , ketika tawaf tak perlu berihram ittiba’ , cukup hanya ihram biasa sahaja. . Demi menjaga pemandangan jemaah lain dari fitnah dan mereka berkata2 di dlm hati. . Tak faham boleh rujuk dgn ustaz2 yang bertauliah. Saya bkn ustaz, saya hanya seorang artis cina muslim. . . Islam itu indah & mudah.. jika kita faham . . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on