Pengarah muzik dan juri program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS atau mesra disapa sebagai Tok Ram telah mengucapkan terima kasih kepada dua orang pereka fesyen yang selalu menaja pakaiannya.

Kredit tersebut dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Tok Ram, dua pereka fesyen itu sering menaja sut untuk dipakai ketika menjadi juri dalam program nyanyian terbabit.

"Terima kasih banyak-banyak buat Syafieq Ayman dan Eriey Zulkifli kerana menaja baju saya lagi tahun ini, bertungkus lumus kamu berdua menyiapkannya," tulisnya sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, beberapa selebriti telah memberi respon terhadap entri tersebut.

Lebih menarik perhatian apabila Sharifah Shahirah mengusik dengan mengatakan Tok Ram sudah pandai membuat 'paid review'.

"Pandai buat paid review," tulisnya.

"Saya dah hidup lama dari kamu semua," balas Tok Ram berseloroh.

@syafieq_ayman @e.z2828 mekaseh byk blanja baju lagi tahun ni.tungkus lumus kamu be2.sib baik ta ketat crotch thn ni..tq too @pepatungmy ..

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on


GV 5 masih mengekalkan Tok Ram bersama Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap sejak musim pertama.

Program ini bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).