"Tak Sabarnya!" - Bakal Ditayangkan November ini, Ramai Teruja Menantikan Polis Evo 2 Selepas Lihat Teaser Poster

Hiburan

Setelah lama menanti, akhirnya filem Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada November ini.

Menerusi entri di laman sosial Instagram Astro Shaw, sebuah teaser poster telah dikongsikan dan perkara itu membuatkan ramai yang mengakui tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam.

Filem lakonan Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia iaitu Raline Shah ini ternyata amat ditunggu-tunggu oleh penonton selepas kejayaan filem pertama Polis Evo yang mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta pada tahun 2015.

Walaupun belum lagi ditayangkan di pawagam, peminat filem tempatan mengakui teruja menantikan filem Polis Evo 2 di pawagam.
 

"@fad_fbo: Tahniah filem Malaysia. Semakin banyak filem yang berkualiti keluar. Hantu kak limah 2 kali tengok. Munafik 2 kali, Paskal sekali. Lepas ni Polis Evo 2 pula. Terbaik."

"@syxfuwxn: Alhamdullilahhh. Ok semoga memperolehi keputusan yang cemerlang ye. Amiinn. Tak Sabar nak tengok filem ini."

"@muhammadimran795: Cerita yang dinanti-nantikan telah tiba."

"@yowelll: Wuish, belum habis lagi letupan cerita-cerita Malaysia yang lain keluar pulak yang ni dah. Makin best-best la cirita Malaysia sekarang."

"@kasual.store: Tahun ni movie malaysia gempak-gempak belaka. nice terok."

"@nurhisyamhadibinmat: Gua takkan lepaskan peluang untuk menonton filem Polis Evo 2 di pawagam nanti. Aku mau target filem Polis Evo 2 ni boleh mencecah kutipan sebanyak 70 hingga 80 juta ringgit begitu."

"@syxfuwxn: Memang wajib kuar time dekat-dekat SPM eh filem yang best-best ni."

"@roslanmohamedhashim: Terbaik Zizan semoga box office hampa jangan lupa mai penang jumpa kami dipanggung ok."

Artikel Berkaitan