Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie meraih kutipan sebanyak RM10.2 juta dalam tujuh hari tayangan.

Memulakan tayangan rasmi pada 27 September lalu, filem ini mendapat respon yang luar biasa daripada penonton.

Menerusi pemerhatian di laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen menginginkan PASKAL The Movie disambung dalam filem seterusnya kerana ia antara filem Melayu aksi terbaik di Malaysia.

Ada juga penonton yang telah menontonnya lebih daripda tiga kali dan mereka tetap merasai keseronokkan jalan cerita yang disampaikan.

Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!