Kumpulan Hip Hop terkenal Korea, Epik High mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, YG Entertainment.

Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis bawah pengurusan syarikat tersebut selama tujuh tahun.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi semalam.

“Kontrak eksklusif Epik High bersama YG Entertainment telah pun tamat. Selepas hasil perbincangan bersama, Epik High mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak berkenaan.

Kami telah membuat keputusan untuk melepaskan Ku Hye Sun dengan menghormati segala kata putus yang dilakukan olehnya.

“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Tablo dan Epik High. Mereka telah menghasilkan begitu banyak muzik yang bagus sepanjang tujuh tahun bersama kami

“Kami berharap mereka akan sentiasa berada dalam keadaan gembira dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

“Kami di YG Entertainment akan sentiasa menyokong segala kerjaya seni yang dilakukan Tablo dan Epik High selepas ini,” ujar wakil tersebut.

Terdahulu, Epik High telah bersama YG Entertainment sejak tahun 2011. Antara lagu popular mereka adalah Don’t Hate Me, Can You Hear My Heart (ost Scarlet Heart Ryeo), Born Hater dan Happen Ending.

YG Entertainment merupakan agensi yang telah menghasilkan kumpulan K-Pop terkenal antaranya BIGBANG, 2NE1, WINNER, iKON dan juga BLACKPINK.

Sumber: Allkpop