Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto bersama ahli keluarga bekas suami di laman Instagram.

Intan berkongsi foto dirinya bersama ahli keluarga Ude ketika makan malam.

? #family#bondaOK #bondaaishariq

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on


Foto tersebut telah menimbulkan persoalan kepada segelintir netizen kerana ahli keluarga Ude tidak berada di majlis resepsi Ude dan Izreen yang diadakan semalam.

"@eyennnnn05: Family Ude tak pergi ke majlis dorang?"

Intan tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Dorang tak tahu menahu pun," tulisnya.

Intan turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya kerana mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.