Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar anak keduanya, Chayra Auliya kembali sihat seperti biasa.

Menerusi entri di Instagram miliknya, Haziq memberitahu Chayra menghidap batuk dan selesema yang teruk.

I’m sorry baby!!!!! Citenya daddy mmg ada flu n batuk beberapa hari ni. So tak duduk dkt dgn baby pun apatah lg nak mencium. Tp sbb stay dlm bilik yg sama and share the same air! Still virus tu kena dkt Chayra and now Chayra batuk smp mcm ni. Arghhh. Daddy patut stay bilik lain and takde la Chayra terseksa mcm ni. Sedih tgok. Rasa mcm biar laaa sakit tu dkt kita je. Now Chayra otw to hospital @kpj_tawakkal sbb Dr @zarinzain need to give nebuliser and observe the baby. Doakan Chayra Auliya cpt sihat and tak sakit sakit mcm ni lagi ? #PincessChayra @heidy.chayra

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Haziq juga mengakui penyakit batuk dan selesema itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Get well soon sayang ?

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on


Disebabkan Haziq tidak mengasingkan diri, virus itu merebak kepada anak kecilnya yang baru berusia hampir dua bulan.

Chayra telah dimasukkan ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.

Rata-rata netizen turut berkongsi tips supaya Chayra cepat sembuh.

"@norhazirahmuhamad: Cuba guna minyak asmak. Memanh bagus untuk kanak-kanak..Dewasa pun boleh guna..Saya guna untuk anak saya..Sapu minyak asmak esok pagi dah tak penat lagi. Alhamdulillah."

"@masyanissa: Cuba potong bawang..Lepastu letak dalam bilik baby..Kesian tengok dia macam tu."

"@cikjue91: Buatkan minyak bawang putih..Bawang putih bakar then lenyek dengan baby oil or minyak telon..Mandikan dengan lemon."

Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia setahun.