Pelakon dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki telah menetapkan sepuluh syarat buat jejaka yang ingin mendekati anak gadisnya.
Syarat terbabit dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Afdlin, kasih sayang yang diberikan terhadap anak gadisnya itu tidak mampu ditandingi oleh lelaki lain.
Syarat kelapan adalah yang paling menarik perhatian apabila Afdlin menyatakan dia akan mematahkan kaki sesiapa yang sanggup 'mematahkan' hati anaknya itu.
Walaubagaimanapun, segala syarat tersebut disampaikan dalam bentuk gurauan yang bersahaja.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima