Pelakon Datin Diana Danielle mendedahkan sifat seorang jejaka di akaun Instagram (IG) miliknya mempunyai persamaan dengan suaminya, Datuk Farid Kamil.

Menerusi akaun IGnya, Diana memuat naik kembali entri yang telah dimuat naik oleh akaun Gempak yang memaparkan sifat tiga orang jejaka.

Tiga orang jejaka itu adalah pelakon dari filem terbaharu Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) iaitu Syafiq Kyle (jejaka C), Aedy Asharaf (jejaka B) dan seorang wajah baru iaitu Jad Hidhir mewakili jejaka A.

Diana dengan berseloroh memilih jejaka A kerana sifat yang ada seperti menyerupai Farid.

“Kalau I, I pilih A sebab macam @faridkamilz What’s your type? @golgincu2 out October 25!” tulisnya.

Jejaka A atau Jad Hidhir yang memegang watak sebagai Momok itu mempunyai sifat-sifat seperti nerd, bijak, pendiam, pemalu, kelakar dan setia.

Kalau I, I pilih A sebab macam @faridkamilz ? What’s your type? ? @golgincu2 out October 25!

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Namun, siapakah Jad Hidhir atau Momok di dalam GG2? Momok merupakan pelajar kolej yang sama dengan Diana yang memegang watak Zak.

Momok juga seorang jurukamera untuk program TV kolejnya yang dilakukan bersama Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf.

Momok seorang yang pendiam, namun adakah dalam diam menyimpan hati kepada seseorang?



Gol & Gincu Vol. 2 yang bakal menjengah pawagam mulai 25 Oktober ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Ummi Nazeera, Sazzy Falak, Sharifah Amani dan ramai lagi.