Tidak pernah melupakan dunia nyanyian meskipun jadual harian dipenuhi komitmen sebagai cef selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob sempat mencuri waktu untuk muncul dengan single terbaharu, Wo Ai De Ni.
Biarpun mengangkat tajuk dalam bahasa Mandarin, lagu ini hakikatnya ditampilkan dalam Bahasa Melayu bertujuan memberi sedikit kelainan buat pendengar.
Menurut Fazley, lagu hasil ciptaan Ajai dengan kerjasama dirinya sendiri merupakan ekspresi personal tentang cinta bersama seorang gadis berbangsa Cina yang terputus di tengah jalan akibat tidak mendapat restu keluarga. Begitupun, mereka masih menghormati perasaan cinta yang terwujud di antara satu sama lain.
“Sementara itu, relevan saya memilih judul Wo Ai De Ni yang bermaksud kau kesayanganku kerana ramai di antara kita sudah terbiasa mendengar ayat ini di dalam kehidupan seharian,” kata Fazley yang merakamkan lagu ini dalam masa sehari sahaja di studio Ajai di Taman Tun Dr. Ismail beberapa bulan lalu.
Menyambung bicara, anak jati Rembau, Negeri Sembilan itu memberitahu, proses rakaman tidak mengambil tempoh panjang kerana penjiwaan yang mudah dizahirkan oleh empunya diri.
“Terus-terang, Ajai merupakan seorang produser yang cukup teliti apabila berada di dalam studio. Bagaimanapun, saya berasa bertuah kerana dia mudah berpuas hati dengan proses rakaman yang dilakukan tempohari,” ujarnya sambil memberitahu bahawa Wo Ai De Ni menjalani proses adunan akhir di Australia.
“Semoga ia dapat memberikan kefahaman kepada orang ramai bahawa cinta tidak semestinya bersatu. Dan jika tidak bersatu sekalipun, tidak semestinya kita akan berhenti mencintai sesama sendiri," katanya.
Sebelum Wo Ai De Ni, bapa kepada empat cahayamata itu pernah menghasilkan single, Ketiadaan sebagai tribut kepada arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal dunia pada tahun 2016.
Single Wo Ai De Ni telah dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, Joox dan Apple Music.
Kamaruddin Razal
Tue Oct 02 2018
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.