Pelakon Izreen Azminda dan suaminya pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka malam ini.

Berita gembira itu didedahkan oleh jurufoto rasmi majlis resepsi mereka Amir Nufal Phothography menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi.

Dijangkakan majlis resepsi itu akan berlangsung pada jam 8.00 malam bertempat di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, Melaka.

Selain jurufoto, Izreen sendiri sudah mula berkongsi foto-foto mereka yang sudah siap menyarungkan busana pengantin di akaun Instagramnya.

Izreen kelihatan begitu anggun mengenakan persalinan gaun putih, sedondon dengan suaminya.

Terdahulu, Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, bakat yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Di sini, Gempak kongsikan foto-foto menarik pasangan Izreen dan Ude menggayakan busana perkahwinan mereka.