Foto 'throwback' imbasan anak kedua bekas isteri pemuzik Muhammad Radzi Abd Wahid atau Ude, Intan Liana mengundang perhatian netizen.

Intan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik foto tersebut untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen foto terbabit, Intan memberitahu dia sengaja mengimbau gambar tersebut dan bukan niat untuk meminta simpati.

"Bukak Facebook keluar pulak ni... Hehe throwback.

"Ok tu Dekmok dalam perut bonda lagi.. Sayang sangat dia ni.

#memoriesfb.. Bukak fb kuar pulak niii.. Hehhe throwback .. Ok tu dekmok dlm perut bonda lgi... Sayang sgt die nii.. Paling kesian kat die sebenarnya... Haihh malas cakap la.. ??... Semoga aish n dekmok membesar dgn penuh kasih sayang.. Jd anak yg soleh.. Hormati org tua..amin.. Ok selamat malam sayangs!!! ? #the3thatloveeachothers #cakapyangbaikbaik #bukanmintasimpatiOK #bondaaishariq #bondaok #juzthrowback

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on


"Paling kesian kat dia sebenarnya.. Haish malas cakap la.

"Semoga Aish dan Dekmok membesar dengan penuh kasih sayang.

"Jadi anak yang soleh..Hormati orang tua... Amin... Ok selamat malam sayang," tulisnya.

Rata-rata netizen memberi kata semangat kepada Intan sekeluarga untuk menghadapi dugaan tersebut.

"@nurnnadiaa: Insya-Allah. Semua jadi ada hikmahnya. Positive je Intan. Yakin dengan aturan Allah. Yang ni lah yang paling berjaya nanti. Sebab dia kuat since kecik."

"@syafiqah_irwan: Semoga sis kuat dan bahagia bersama anak-anak."

"@ayuholahola: Semoga kuat dan menjadi wanita terhebat..Bahagia ada bersama kamu."

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.