Penyanyi Nora Ariffin berkongsi isi hatinya selepas lebih setahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi.

Menerusi entri di Instagramnya baru-baru ini, kata Nora dia menanggung rindu mengenangkan kedua-dua insan yang amat dicintainya yang telah pergi terlebih dahulu.

"Sesungguhnya pemergian Johan telah banyak mengajar saya erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.

"Saya tak pernah terfikir dia akan pergi begitu cepat. Saya belum bersedia...

"Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun... Dikala waktu remaja yang perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ayah.

"Johan pergi di waktu kami sedang bahagia dan merancang untuk anniversary yang ke-25 tahun kami. Rindu memang tak terkata," tulis Nora.

Pelantun lagu Hanyalah Satu itu reda dengan ketentuan ilahi dan mengakui dia perlu kuat demi anak-anaknya.

"Hingga kini, pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang harus ditempuhi. Saya tiada pilihan.

"Semuanya harus diredah dengan penuh kesabaran, ketabahan dan senyuman untuk menutup segala keperitan.

"Demi anak-anak, saya harus kuat.

"Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun.....apatah lagi meraih simpati," tambahnya.

Hari ini 24/Sept/ 2018 Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah. Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya. Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat. Saya belum bersedia.... Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun...dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah...? Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami. Rindu mmg tak terkata....?? Kita hanya mampu merancang.... Yg menentukan....bukan kita. Allah saja yg tahu. Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi......saya tiada pilihan. Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan. Demi anak- anak.....saya harus kuat. Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun.....apatah lagi meraih simpati. Cukup lah Allah bersama saya. Apa orang nak kata....katalah. Saya tak kisah... Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya....mereka tidak tahu bagaimana rasanya...?? Saya sudah maafkan semua. Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah. Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi @fanoratik.nora #adadalamtiadabynora #jn30tribute

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Suami Nora, Johan Nawawi yang juga seorang komposer terkenal meninggal dunia pada Mac lalu akibat serangan jantung.