Masing-masing punyai kenangan zaman pahit dan manis zaman kanak-kanak, begitu juga Tiz Zaqyah.

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak ketika berusia 11 tahun, Tiz mengakui bapanya sentiasa menjadi pelindungnya.

"Masa umur 11 tahun dulu bapa aku maki semua lelaki yang call phone rumah nak cakap dengan aku.

"Tak kisahlah member tu nak ajak main basikal petang-petang ke amende," tulisnya di Twitter.

Perkongsian throwback zaman kanak-kanak itu menarik perhatian selebriti lain yang turut berkongsi kenangan masing-masing.

Termasuklah pengacara popular Fara Fauzana yang pernah menyamar suatu ketika dahulu.

"Masa 11 tahun terpaksa buat suara lelaki kalau nak call rumah kawan-kawan laki.

"Bila mak dia tanya nama terus ingat nama bapa saya 'saya Fadzil cik'," tulis Fara Fauzana.

Peminat pelakon itu juga tidak terkecuali turut mengimbas pelbagai kenangan menarik masing-masing ketika seusia Tiz.